Gane GANU
Sunday, June 20, 2010
Menikmati Air Buah Gelas Besar
Gelas Besar
Baru-baru ini, saya dan keluarga pergi ke kedai untuk menikmati air gelas besar yang bertempat di Seberang Takir, Kuala Terengganu…
Ummmppphh..lazat dan begitu nikmat air tersebut..buncit perut saya untuk menghabiskan air tersebut…
Pelbagai jenis air untuk dinikmati terutamanya jus buah-buahan seperti ‘Fresh Orange’, ‘Carrot susu’,dan pelbagai lagi..
Selain itu, anda juga boleh menikmati keropok lekor,laksa pinang,laksam,dan pelbagai lagi makanan ringan iaitu makanan pada waktu petang…
Ini sepupu saya………dia mahu menikmati air gelas besar kecik2 pun dah suke air gelas besar
Pengalaman Aku di Santuari Gajah Tasik Kenyir
anda boleh memberi makan kepada gajah, takpun anda boleh menaiki gajah..
cubalah naik gajah..
bestt tauu!!!!!!!!!!!/..
gajah yang berada di santuari tersebut memepnyai dua ekor iaitu Seri dan Charlie, kedua-dua tersebut gajah bertina
Santuari Gajah Tasik Kenyir terletak bersempadan dengan Taman Negara dan Hutan Simpan Hulu Besut serta berdekatan dengan Santuari Kelah di Sungai Petang, yang meliputi keluasan kira-kira 15,000 hektar, merupakan tarikan baru pengunjung ke Tasik berkenaan.
WAKTU MELAWAT: 11:00 pagi hingga 5:00 petang,
setiap hari.
Friday, June 18, 2010
Asal usul nama Terengganu
NAMA TERENGGANU---timbul apabila sekumpulan pemburu dari Pahang terjumpa sebatang taring ketika berburu di Sungai Terengganu Mati. Apabila timbul pertanyaan "taring apakah itu?" Salah seorang daripada mereka menjawab `taring anu' kerana tidak tahu taring binatang apakah yang sebenarnya. beberapa haru kemudian mereka berjaya memperolehi rusa dan kayu gaharu. Apabila ditanya, mereka memberitahu buruan serta kayu gaharu. Apabila ditanya, mereka memberitahu buruan serta kayu gaharu itu diperolehi di tempat 'taring anu' akhirnya bertukar menjadi 'TERENGGANU'. Lalu terciptalah nama Terengganu
Terengganu Darul Iman
Terengganu-sebuah negeri yang luasnya lebih kurang 12,956km persegi diantara negeri Kelantan di sebelah utara dan barat laut dengan negeri Pahang di sebelah selatan dan barat daya. Di sebelah timur pula terhampar luas Laut China Selatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)