Showing posts with label gane GANU. Show all posts
Showing posts with label gane GANU. Show all posts
Friday, June 18, 2010
Asal usul nama Terengganu
NAMA TERENGGANU---timbul apabila sekumpulan pemburu dari Pahang terjumpa sebatang taring ketika berburu di Sungai Terengganu Mati. Apabila timbul pertanyaan "taring apakah itu?" Salah seorang daripada mereka menjawab `taring anu' kerana tidak tahu taring binatang apakah yang sebenarnya. beberapa haru kemudian mereka berjaya memperolehi rusa dan kayu gaharu. Apabila ditanya, mereka memberitahu buruan serta kayu gaharu. Apabila ditanya, mereka memberitahu buruan serta kayu gaharu itu diperolehi di tempat 'taring anu' akhirnya bertukar menjadi 'TERENGGANU'. Lalu terciptalah nama Terengganu
Terengganu Darul Iman
Terengganu-sebuah negeri yang luasnya lebih kurang 12,956km persegi diantara negeri Kelantan di sebelah utara dan barat laut dengan negeri Pahang di sebelah selatan dan barat daya. Di sebelah timur pula terhampar luas Laut China Selatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)